BEZA HIBAH & WASIAT

Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam.

Hibah ialah pemberian harta secara terus yang dibuat oleh si pemberi hibah semasa hidup. Konsep yang terpakai di Malaysia adalah hibah bersyarat (Al-Ruqba) iaitu perjanjian hibah dilakukan ketika si pemberi hibah masih hidup. Manfaat hibah (pemberian harta kepada pewaris) akan dilaksanakan selepas pemberi hibah meninggal dunia. 

Wasiat ialah ikrar seseorang yang dibuat pada masa hayat ke atas hartanya untuk disempurnakan selepas kematiannya bagi maksud kebajikan yang dibenarkan menurut Hukum Syarak.

Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, tidak sepatutnya tidur selama dua malam, melainkan dalam keadaan wasiat telah siap ditulis di sisinya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Maksud Hibah Takaful

Hibah takaful bukanlah sejenis produk taakful. 

Hibah Takaful adalah apabila berlaku kematian pemegang polisi takaful, pihak syarikat takaful akan mengagihkan duit pampasan kepada waris pemegang polisi (penama hibah seperti tercatit di dalam polisi) secara hibah iaitu secara telus. Proses hibah sebegini mempunyai lebih kebaikan berbanding proses lain seperti wasiat.



Kelebihan Hibah Takaful

1. Penama di dalam polisi adalah penerima mutlak. Penama boleh diletakkan nama sesiapa sahaja walaupun individu tersebut bukanlah waris / tidak berhak dalam pembahagiaan faraid.

2. Penama akan menerima wang pampasan dalam masa singkat (7-30 hari) - iaitu lebih cepat berbanding perolehan harta pusaka yang mengambil masa antara 3-20 bulan.

3. Agihan wang pampasan adalah secara terus berdasarkan akad hibah tanpa perlu melalui proses faraid.

4. Waris yang ditinggalkan boleh menggunakan wang pampasan ini untuk meneruskan kehidupan selepas pemergian pemegang polis.

5. Selain pampasan kematian; perlindungan asas dalam Takaful juga melindungi peserta jika berlaku lumpuh kekal menyeluruh atau cacat kekal (TPD).


Kesihatan yang baik tidak boleh dijamin sepanjang masa. Kita semua terdedah dengan risiko dan risiko paling besar yang menyebabkan bencana kewangan (hilang punca pendapatan) adalah kematian dan cacat kekal.

Jika berlaku kematian, pampasan diberikan pada waris. 

Jika berlaku TPD pada pemegang sijil Takaful, pampasan akan diberi pada pemegang sijil Takaful sebagai pengganti pendapatan (income replacement).

Dapatkan info lanjut tentang Hibah Takaful secara percuma: Whatsapp 017-2101282


"Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia."-Hadis Riwayat al-Bukhari



Comments

Popular posts from this blog

Hibah Bukan Modal "Elak" Faraid

Hak Faraid

8 Items Medical Card Tak Cover