4 Sebab Suami Perlu Ada Hibah Takaful.

Ramai yang masih tertanya-tanya sebab mereka (terutama suami) perlu menyediakan sejumlah pampasan kematian atau hibah takaful pada hari ini?

1. Suami Sumber Utama Pendapatan Keluarga.

Cukup ke simpanan yang ditinggalkan?

Suami kena sedar bahawa beliau adalah penyumbang utama pendapatan keluarga. Pampasan daripada takaful ni gunanya untuk cover perbelanjaan isteri dan anak-anak perlukan. Ikut kiraan, kena sediakan 10 tahun jumlah gaji tahunan suami sebelum meninggal dunia.

Katakan suami sediakan hibah takaful RM500,000. Suami tidak panjang umur, meninggal dunia. Selepas beberapa hari, syarikat takaful akan membayar pampasan sebanyak RM500,000. Tiada siapa boleh mencabar hak isteri tersebut. Jadi, isteri tidak perlu meminta-minta simpati daripada orang lain. Sebab suami dah buat persediaan awal dengan menyediakan hibah takaful semasa hayatnya.

2. Suami Paling Banyak Hutang.

Kereta dan rumah biasanya hutang suami. Nanti kalau apa-apa berlaku pada suami, macam mana isteri nak bayar kesemua hutang yang ditinggalkan? Kalau boleh, kita taknaklah harta itu semua dilelong. 

Belum campur dengan hutang kad kredit, hutang dengan orang lain dan lain-lain.

3. Suami Adalah Ketua Keluarga.

Suami adalah pencari nafkah utama keluarga. Suamilah yang memberi rasa tenang kepada isteri dan anak-anak. Dah namanya ketua keluarga. Suamu perlu bertanggungjawab untu kebajikan ahli keluarga sendiri. Kalau pergi outstation seminggu, suami bagi duit dapur RM500 kat isteri? Kalau ada, alhamdulillah.

Macam mana pula kalau suami 'pergi' selama-lamanya? Berapa suami boleh bagi untuk isteri untuk uruskan anak-anak dan diri yang ditinggalkan?



4. Sediakan Dana Pendapatan Anak-anak.

Bila suami dah 'pergi', bukan isteri sahaja yang susah, anak-anak pun turut terkesan. Paling kurang, jika awal-awal suami dah sediakan hibah takaful sebagai 'income protection', sebahagian daripada pampasan itu boleh terus jadi dana pendidikan untuk anak-anak. 

Dengan pendidikan, anak-anak boleh ubah nasib keluarga yang ditinggalkan. Berbaktilah  kepada keluarga walau kita sudah tiada di dunia.


Sebelum anda tutup artikel ini, ambil masa 10 saat untuk berfikir sejenak tentang anak dan isteri bila kita tiada nanti? Adakah mereka perlu meminta simpati, atau berjaya meneruskan hidup seperti yang kita harapkan?

Untuk sesi konsultasi Plan Penggantian Gaji (Income Replacement), boleh hubungi Jamar - 0172101282 :-)


Comments

Popular posts from this blog

Hibah Bukan Modal "Elak" Faraid

Hak Faraid

8 Items Medical Card Tak Cover