Claim MRTT RM600,000 Kena DECLINED!

 Yang beli RUMAH sila baca !!


Terima panggilan dari rakan sekerja bercerita tentang tuntutan MRTT atas permergian suami awal Jan 2020 hari tu.

Dapat je call, terus dengar dia sedih, hari nie ambil cuti untuk uruskan appeal untuk MRTT sebab application yang dia buat Jan haritu DECLINED.

Mana tak sedih,
Dah la kehilangan suami tercinta secara tiba-tiba.
Sakit on 30 Dec 2019,
Masuk ICU 1 Jan 2020,
Meninggal on 14 Jan 2020.

Start hari tu, semua uruskan semua hal anak dan tuntutan sendirian.
Rumah bernilai RM1.2 Juta, bulanan dalam RM6,000 yang terpaksa ditanggung seorang diri selama 6 bulan ni..

Dengan harapan insurancs / Takaful rumah dapat dengan cepat supaya boleh rujuk dengan bank untuk pengurangan bayaran bulanan rumah..

Tiba-tiba..
20 June 2020, Dapat surat dari bank..
MRTT decline due to undeclared existing illness



Hakikatnya Suami meninggal sebab wabak penyakit influenza A, tapi arwah memang ada penyakit darah tinggi 8tahun sebelum tu..
Dan rumah mereka beli dalam 5 tahun lepas..
So tak dapat claim sebab influenza A yang attack arwah merebak lebih cepat due to sakit sedia ada which is hypertension.

Allahuakbar..
Nasib sahabat FY ni bekerja dan boleh bayar RM6,000 sebulan ni sementara menunggu proses tuntutan dan appeal ni..

Bila bersembang dengan si balu, dia cakap dia tak tahu pon kene declare apa-apa, sebab time apply tu, sign banyak tempat (setiap muka surat agreement) tapi banker tu terangkan sikit-sikit ja.. tak de pulak terangkan atau tanya tentang sakit.

Yang ni banyak terjadi sebenarnya..
MRTT di’wajib’kan ambil, letakkan syarat jika tak ambil, loan tak lulus tapi tak mentioned atau terangkan apa-apa tentang MRTT ni.

Bila tak dapat claim macam ni..
Beliau terpaksa mencari bantuan merata tempat untuk appeal case.. kene ke hospital balik, pergi ke klinik, naik turun takaful companies, dan ada kes naik turun court.

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari cerita/ pengalaman beliau
  • Always ask and read before signed anything.
  • Jangan berasa terlalu selesa dengan adanya insurance rumah.
  • Sediakan emergency asset untuk keluarga seawal yang mungkin, kalau boleh sebelum ada apa-apa sakit.
  • MRTT atau MLTT, kedua-duanya bagus, tapi kenali lebih mendalam supaya tak tersalah langkah.
  • Buat breadwinners, proses untuk claim MRTT tak secepat hibah takaful, paling cepat 6 bulan, ada yang bertahun-tahun masih belum selesai.

Jadi sediakan tabung asset segera buat isteri supaya rumah tak terlelong dalam tempoh 6 bulan selepas kematian anda.

Kisah ini untuk peringatan kita bersama dan saya sudah mendapat kebenaran untuk kongsikan kisah ni..

Kata beliau,
Sebarkan lah tentang cerita ini, supaya lebih ramai yang tahu kepentingan apply takaful seawal usia dalam melindung asset kita dan jadikan kisah hidupnya sebagai pengajaran.


Perkongsian oleh: FB Salwani Bakrol MDiT

Comments

Popular posts from this blog

Hibah Bukan Modal "Elak" Faraid

Hak Faraid

8 Items Medical Card Tak Cover