Posts

Showing posts from August, 2021

Cara Jana Pendapatan Pasif Dengan Hibah & Pampasan Takaful

Image
Pelan pelaburan jangka masa panjang dan pelan perlindungan diri sememangnya mempunyai kaitan rapat. Ia boleh dijadikan instrument untuk melindungi dan menjana kewangan dengan lebih pasif di masa hadapan.  Namun, ramai yang masih tidak tahu dan sedar tentang kelebihan pelan-pelan ini. Kami kongsikan di bawah cara mudah menjana pendapatan pasif daripada pampasan takaful.  Katakan kita ada polisi takaful/insurans merangkumi manfaat berikut : 1. Manfaat Kematian             : RM500,000 2. Manfaat Penyakit Kritikal : RM500,000 Jika jatuh sakit dan tak mampu lagi bekerja, syarikat takaful/insurans akan bayar pampasan RM500,000. Pampasan RM500,000 yang diperolehi itu boleh dimasukkan ke dalam dana UNIT TRUST untuk dapatkan pendapatan pasif berjumlah lebih RM5,000 sebulan. Walaupun kita mungkin sudah kehilangan kerja & pendapatan akibat jatuh sakit, pendapatan kita yang hilang itu boleh digantikan semula dengan menjana pendapatan pasif melalui penerimaan hibah atau pampasan takaful/insuran

Hibah Bukan Modal "Elak" Faraid

Image
  Kalau dalam Islam dah ada faraid kenapa perlu nak hibah-hibah ni semua? Agent takaful ni tak percaya hukum dalam Al-Quran ke? Bertenang. Bertenang. Lembu sekor gegak gempita. Mashallah semuanya nak pahala.  Kenapa hibah itu pemudah cara? Meh saya cerita.. Hibah bukanlah bermaksud kita menolak faraid, tetapi hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri. Hibah itu hadiah. Faraid itu pula hukum dari Allah. Berapa banyak hari ni harta yang dibekukan oleh Amanah Raya kerana proses tukar nama yang masih belum selesai dek kerana kekangan masa setiap ahli keluarga, tanggungjawab yang tidak dilaksanakan oleh pemegang amanah, dan paling teruk ilmu untuk pembahagian setiap harta faraid itu sendiri pon masih ramai yang tidak ambil tahu. Kalau dalam masakan pun ada garam sebagai pelengkap rasa, sama lah juga dalam pembahagian harta. Jadikan hibah sebagai pemudah cara waris untuk meneruskan hidup sementara menunggu pembahagian harta pusaka melalui faraid tadi selesai. Faraid Itu In

Pelan Perlindungan Tempat Kerja

Image
Mungkin ada antara kalian yang menerima manfaat Pelan Perlindungan atau Insuran/Takaful yang disediakan oleh pihak majikan. Ada yang juga yang bertanya tentang perbezaan pelan yang disediakan oleh pihak syarikat dan pelan yang dibeli secara personal.  Insuran/Takaful yang disediakan oleh pihak syarikat biasanya ada 2 jenis: 1. Perlindungan nyawa 2. Perlindungan medical card Selalunya coveragenya lebih kecil tetapi tidak mahal / free dan tidak perlu melalui proses underwriting (penilaian) / medical checkup. Masalah dengan perlindungan takaful ini ialah dia melindungi selagi anda bekerja dengan syarikat itu dan selagi syarikat itu mahu membayar perlindungan itu. Risikonya datang apabila syarikat ambil keputusan mengurangkan perlindungan, membatalkan perlindungan atau memberhentikan kerja. Ini termasuklah jika anda berhenti sendiri. Sejurus selepas berpisahnya anda dengan syarikat, maka perlindungan pun akan mengucapkan selamat tinggal. Di sini anda umpama bayi yang tiada penjaga. Terdeda