Pelan Perlindungan Tempat Kerja

Mungkin ada antara kalian yang menerima manfaat Pelan Perlindungan atau Insuran/Takaful yang disediakan oleh pihak majikan.

Ada yang juga yang bertanya tentang perbezaan pelan yang disediakan oleh pihak syarikat dan pelan yang dibeli secara personal. 

Insuran/Takaful yang disediakan oleh pihak syarikat biasanya ada 2 jenis:

1. Perlindungan nyawa
2. Perlindungan medical card




Selalunya coveragenya lebih kecil tetapi tidak mahal / free dan tidak perlu melalui proses underwriting (penilaian) / medical checkup.

Masalah dengan perlindungan takaful ini ialah dia melindungi selagi anda bekerja dengan syarikat itu dan selagi syarikat itu mahu membayar perlindungan itu.

Risikonya datang apabila syarikat ambil keputusan mengurangkan perlindungan, membatalkan perlindungan atau memberhentikan kerja. Ini termasuklah jika anda berhenti sendiri.

Sejurus selepas berpisahnya anda dengan syarikat, maka perlindungan pun akan mengucapkan selamat tinggal.

Di sini anda umpama bayi yang tiada penjaga. Terdedah kepada semua kebarangkalian masalah. Jika sakit kritikal, tiada pampasan, jika hilang upaya kekal, tiada hibah, jika meninggal dunia, ahli keluarga atau pasangan tidak akan dapat apa-apa.

Sama juga apabila ingin masuk hospital, tiada lagi orang yang akan membayarkan bil hospital seperti sebelumnya.

Yang paling menakutkan, kita sudah biasa dengan adanya perlindungan ini sehingga umur 55 tahun. Tapi bila dah bersara, semuanya tiada.

Sedangkan pada usia ini, ramai yang dah ada penyakit, menyebabkan kadar kelulusan menjadi rendah dan kos untuk mencipta perlindungan sama ada hibah atau medical menjadi sangat tinggi.

Inilah sebabnya jangan anggap perlindungan tempat kerja itu cukup.

Sebenarnya ia hanyalah umpama kawan yang ada sewaktu kita bekerja sahaja. Bila dah tak kerja, tak nak kawan dah.

Comments

Popular posts from this blog

Hibah Bukan Modal "Elak" Faraid

Hak Faraid

8 Items Medical Card Tak Cover