Ada Medical Card Tapi Tak Cover..? Kenapa Boleh Kena Rejek?
Baru-baru ini ada satu kes viral tentang Medical Card tak berjaya claim atau gagal digunakan. Ramai pelanggan atau pemilik Medical Card di Malaysia yang meluahkan perasaan tentang pengalaman mereka. Rata-rata komen adalah yang negatif. Memang begitulah lumrah di media sosial, yang negatif akan lebih cepat viral berbanding yang positif. Kita akui hakikat ini dan ia sebagai peringatan untuk kami yang berada dalam industri insuran takaful. Selepas membaca komen dan perkongsian mereka yang tidak dapat guna medical card ini, dapat kami rumuskan yang pelanggan ini tidak diberitahu tentang plan yang mereka amik dengan penuh tranparens. Pelanggan pula sangka, bila dah ada medical card, semua penyakit boleh claim pada bila-bila masa. Ada juga yang menyangkan, bila dah ada medical card, mereka dapat claim sewenang-wenangnya. Jadi, kami senaraikan jenis-jenis medical card yang perlu kalian berjaga-jaga supaya tidak terkejut jika claim kena reject.. Kami cuba berhati-hati dalam mengeluarkan senar...