Ada Medical Card Tapi Tak Cover..? Kenapa Boleh Kena Rejek?

Baru-baru ini ada satu kes viral tentang Medical Card tak berjaya claim atau gagal digunakan. Ramai pelanggan atau pemilik Medical Card di Malaysia yang meluahkan perasaan tentang pengalaman mereka. Rata-rata komen adalah yang negatif.

Memang begitulah lumrah di media sosial, yang negatif akan lebih cepat viral berbanding yang positif. Kita akui hakikat ini dan ia sebagai peringatan untuk kami yang berada dalam industri insuran takaful.

Selepas membaca komen dan perkongsian mereka yang tidak dapat guna medical card ini, dapat kami rumuskan yang pelanggan ini tidak diberitahu tentang plan yang mereka amik dengan penuh tranparens. Pelanggan pula sangka, bila dah ada medical card, semua penyakit boleh claim pada bila-bila masa.

Ada juga yang menyangkan, bila dah ada medical card, mereka dapat claim sewenang-wenangnya.

Jadi, kami senaraikan jenis-jenis medical card yang perlu kalian berjaga-jaga supaya tidak terkejut jika claim kena reject..

Kami cuba berhati-hati dalam mengeluarkan senarai ini tanpa menyentuh mana-mana brand secara spesifik.


Berikut adalah senarai medical card yang rakan-rakan peru berjaga-jaga kerana ia ada kemungkinan takkan cover kemasukan anda ke hospital.

Jika ada telah melanggan medical card jenis di bawah, please aware.

1. Medical card & takaful yang masih dalam tempoh menunggu. Selalunya 30 ke 120 hari selepas sign up.
2. Medical card & takaful yang dah habis tempoh matang.
3. Medical card & takaful yang masih dalam bentuk quotation
4. Medical card & takaful yang dah lama tak bayar
5. Medical card & takaful yang dah lapse
6. Medical card & takaful yang dah bertangguh lama nak ambil
7. Medical card & takaful yang orang lain punya
8. Medical card & takaful anak tapi parent tak ada
9. Medical card & takaful yang tunggu nak bincang dengan isteri
10. Medical card & takaful & takaful yang tunggu nak compare dulu dengan kompeni lain
11. Medical card & takaful yang tiap-tiap bulan tunggu hujung bulan baru nak sign up, tapi apabila hujung bulan kata nak sign up bulan depan dan ia berulang-ulang setiap bulan
12. Medical card & takaful kompeni lama tapi sekarang dah tak kerja situ
13. Medical card & takaful yang kita sembang nak ambil tapi bila ejen follow up, kita bagi blue tick
14. Polisi takaful kereta. Sah-sah la tak ada medical card
15. Medical card & takaful yang mula-mula tak minat, dah sakit baru minat
16. Medical card yang dah ditutup disebabkan klausa PWC atau diarahkan tutup oleh pihak berkuasa
17. Medical card yang dah terminate sebab rasa rugi bayar tapi tak claim, tapi lepas terminate baru dapat penyakit nak masuk hospital.


Jadi, tolong semak polisi takaful medical card masing-masing.


Kalau nak minta kami review dan cadangkan penambahbaikan, jangan malu, jangan segan, boleh hubungi kami ya.

Comments

Popular posts from this blog

Hibah Bukan Modal "Elak" Faraid

Hak Faraid

8 Items Medical Card Tak Cover