8 Items Medical Card Tak Cover

 'Medical Card' adalah rider atau perlindungan tambahan yang selalu dititik-beratkan apabila bercakap tentang pelan perlindungan diri atau kepentingan insuran / takaful.

Semakin hari, semakin ramai yang sedar tentang kepentingan Medical Card. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu kita dapat mengurangkan beban jika berlaku sesuatu kemalangan.

Namun, benarkah Medical Card mampu membantu jika berlaku musibah atau kemalangan di luar jangkaan. Mungkin ada ejen yang mewakili kompeni insuran membuat kenyataan yang 'Medical Card kompeni XXX cover semua perkara" Awas, takde benda di dunia ni yang perfect.

Jujur cakap, Medical Card tidak memberi perlindungan 100 peratus jika anda ditimpa sesuatu musibah.



Lapan items yang medical card tak cover 

Ramai sangat dah yang share apa yang Medical Card cover sehinggakan ramai antaranya ingat Medical Card cover 100%.

Maaf, tak betul tu. Walaupun kita dah bayar setiap bulan, kita masih lagi kena standby duit ya!

Ni saya senaraikan 8 items yang Medical Card tak cover.

1. Deposit upon admission

Deposit adalah satu bayaran antara kita dengan hospital swasta. Nilai deposit berbeza di antara satu hospital dengan hospital yang lain.

Tak kira la hampa guna Medical Card personal atau company, saya selalu tekankan untuk prepare duit deposit sekurang-kurangnya RM300. 

Berdasarkan pengalaman, untuk bayaran deposit saya suka guna CASH berbanding Ddbit card.

Bila discharge, hospital akan refund semula dalam bentuk cash jugak. Lebih cepat.

Berbanding guna debit card, proses refund tu makan masa sikit. So, untuk kes macam ni lebih baik guna cash.

2. Deductible

Kebanyakkan pakej Medical Card yang terbaru ada Deductible.

Deductible ni apa?

Haa, deductible ni adalah satu jumlah yang hampa WAJIB BAYAR dari bil rawatan hampa (final bil). Lain company lain jumlah deductible yang dikenakan.

Contoh deductible :

  • Final bil : RM30,000
  • Deductible : RM500

Jumlah yang syarikat takaful bayar : RM29,500

Jumlah yang kita kena bayar masa discharge : RM500

Selalunya pelan Medical Card yang murah-murah ada deductible. Nama pun murah kan? So tak la cover bil 100%.

Ada yang kenakan deductible setiap kali admission. Ada yang kenakan deductible hanya sekali dalam setahun. Apa-apa pun hampa kena semak dengan ejen takaful masing-masing. 

3. Ko-Takaful / Ko-Insurans

Selalunya info tentang Ko-Takaful ni ejen kena explain sebab impak dia sangat tinggi!

Contoh :

  • Ko-Takaful 10% dari jumlah final bil, maksimum RM2,000.

Kalau final bil RM30,000, kita kena bayar kos ko-takaful hanya sebanyak RM2,000, jelas?

Sekiranya pelan Medical Card hampa ada Ko-Takaful/Insurans, standby la duit lebih sikit untuk jumlah maksimum yang hampa kena bayar tu ya. 

Kalau maksimum RM2,000, standby RM2,300. Sekali dengan duit deposit. Nak standby lebih pun tak apa. 

4. Diagnostic tool tak cover

Ramai yang salah faham, depa nk guna Medical card sebagai platform utk check mereka sakit apa. Kita tak boleh sesekali mintak kat doktor untuk buat xray, CT scan atau MRI.

Ada sesetengah kes, doktor suruh kita bayar dulu kos x-ray, CT scan & MRI. 

Sebab? Sebelum doktor nk admitkan kita, dia perlu request GL pada syarikat Takaful kita. Dalam report tu dia perlu attached supporting info such as X-ray, CT scan dll.

If lepas xray tak ada penyakit tu, then kita perlu tanggung kos tu. If lepas xray ada penyakit, then kos xray tu masuk dlm GL. 

So, utk kes macam saya selalu galakkan utk spare cash atau kad kredit utk situasi yg tak dijangka. Lain hospital lain prosesnya. Tapi situasi ni boleh terjadi. Jangan ingat medical card ni tak ada additional cost ya. 

5. Pre-admission test tak cover

Zaman covid ni kalau nak admit kena buat RTK/PCR bagai sebelum admission. 

So, kos PCR/RTK ni kita kena tanggung. Ada hospital mintak bayar cash & ada yang charge dalam final bil kena bayar masa discharge nanti. 

Banyak benda tak kena bayar?

6. Perbezaan harga bilik tak cover

Pakej yang hampa ambik harga bilik RM150 je. Bilik 150 tu mungkin hanya dapat bilik kongsi 4 orang. 

Tapi hampa nak privasi & keselesaan kan? So mintak la upgrade bilik ke bilik single yang berharga RM250. Kos upgrade bilik tak cover ya.

Kalau hampa admit 2 hari dekat bilik single rm250 tu bermakna additional cost yang hampa kena bayar adalah RM200. 

Hospital swasta akan masukkan kos perbezaan / upgrade bilik ni dalam final GL nanti. So bila dah boleh dischage nanti kena bayar lebih RM200!

7. Co-payment bila upgrade bilik

Bab ni pun tak ramai ejen share. 

Maksudnya kat sini, kalau hampa upgrade bilik dari 150 (quad sharing room) ke 250 (single), hampa kena bayar (baca : Penalti) sebanyak 10% dari final bil.

So kalau medical card hampa ada co-payment ni, jangan la upgrade bilik. Duduk je bilik yang sama. Jika tidak, tak pasal pasal kena bayar 10% dari final bil. 

Ada sesetengah company letak 10% co-payment, minimum kena bayar RM300 atau maksimum RM1,500, take note ya. 

8. Miscellaneous items tak cover

Apa benda miscellaneous ni? Contoh item misc ni adalah Laundry, admission / management fees, medical report, underwriting excess, id band dll. Time covid ni baju pakai buang pun depa charge tau! So semua kos tu akan masuk dalam final bil nanti. 

Maaf bebenang ni jadi panjang, tapi ni la hakikatnya yang kita perlu hadapi dan rancang sekiranya bercadang untuk sign up Medical Card. Bagi yang dah ada Medical Card, kena semak dengan ejen masing-masing. Kesimpulannya adalah walaupun bayar bulan-bulan tetap kena keluar duit lebih.

Lapan perkara ni la yang menyebabkan saya tak berapa setuju dgn promosi “medical card murah” oleh sesetengah ejen takaful. Bila kita cari yg murah, tak semua cover & end up kita rasa Medical Card ni “scam” dan membebankan! Seriously! Trust me!

Sebenarnya, dari 8 points yang saya kongsi ni bukan semua terpakai kat semua syarikat insurans/takaful ya. Sebab tu penting untuk kita semak & faham pelan yang kita ambil.

Perkongsian oleh Twitter Luthfi.

Mohon sekarang Kad Perubatan / Pelan Perlindungan Komprehensif : Ejen Jamar - 017 2101282

Comments

Popular posts from this blog

Hibah Bukan Modal "Elak" Faraid

Hak Faraid