Hak Faraid
Situasi: Suami meninggal, tinggalkan ibu, isteri dan anak lelaki. Ibu dapat 1/6. Isteri dapat 1/8. Anak lelaki dapat baki keseluruhan. Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki. Walaupun anak lelaki itu bawah umur.. walaupun anak lelaki itu masih kecil.. walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.. dia tetap ada hak faraid dia. Kalau tak tau pasal harta pusaka, janganlah tunjukkan sangat kejahilan tu. Isteri ada hak untuk uruskan harta pusaka kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya. Selepas seseorang meninggal, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil harta dia walau sedikit? Adakah semuanya akan terus automatik kena faraid? Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu : Belanja pengebumian. Selesaikan hutang2 si mati. Badal haji jika belum menunaikan haji