Posts

Cara Jana Pendapatan Pasif Dengan Hibah & Pampasan Takaful

Image
Pelan pelaburan jangka masa panjang dan pelan perlindungan diri sememangnya mempunyai kaitan rapat. Ia boleh dijadikan instrument untuk melindungi dan menjana kewangan dengan lebih pasif di masa hadapan.  Namun, ramai yang masih tidak tahu dan sedar tentang kelebihan pelan-pelan ini. Kami kongsikan di bawah cara mudah menjana pendapatan pasif daripada pampasan takaful.  Katakan kita ada polisi takaful/insurans merangkumi manfaat berikut : 1. Manfaat Kematian             : RM500,000 2. Manfaat Penyakit Kritikal : RM500,000 Jika jatuh sakit dan tak mampu lagi bekerja, syarikat takaful/insurans akan bayar pampasan RM500,000. Pampasan RM500,000 yang diperolehi itu boleh dimasukkan ke dalam dana UNIT TRUST untuk dapatkan pendapatan pasif berjumlah lebih RM5,000 sebulan. Walaupun kita mungkin sudah kehilangan kerja & pendapatan akibat jatuh sakit, pendapatan kita yang hilang itu boleh digantikan semula dengan menjana pendapatan pasif melalui pe...

Hibah Bukan Modal "Elak" Faraid

Image
  Kalau dalam Islam dah ada faraid kenapa perlu nak hibah-hibah ni semua? Agent takaful ni tak percaya hukum dalam Al-Quran ke? Bertenang. Bertenang. Lembu sekor gegak gempita. Mashallah semuanya nak pahala.  Kenapa hibah itu pemudah cara? Meh saya cerita.. Hibah bukanlah bermaksud kita menolak faraid, tetapi hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri. Hibah itu hadiah. Faraid itu pula hukum dari Allah. Berapa banyak hari ni harta yang dibekukan oleh Amanah Raya kerana proses tukar nama yang masih belum selesai dek kerana kekangan masa setiap ahli keluarga, tanggungjawab yang tidak dilaksanakan oleh pemegang amanah, dan paling teruk ilmu untuk pembahagian setiap harta faraid itu sendiri pon masih ramai yang tidak ambil tahu. Kalau dalam masakan pun ada garam sebagai pelengkap rasa, sama lah juga dalam pembahagian harta. Jadikan hibah sebagai pemudah cara waris untuk meneruskan hidup sementara menunggu pembahagian harta pusaka melalui faraid tadi selesai. Fara...

Pelan Perlindungan Tempat Kerja

Image
Mungkin ada antara kalian yang menerima manfaat Pelan Perlindungan atau Insuran/Takaful yang disediakan oleh pihak majikan. Ada yang juga yang bertanya tentang perbezaan pelan yang disediakan oleh pihak syarikat dan pelan yang dibeli secara personal.  Insuran/Takaful yang disediakan oleh pihak syarikat biasanya ada 2 jenis: 1. Perlindungan nyawa 2. Perlindungan medical card Selalunya coveragenya lebih kecil tetapi tidak mahal / free dan tidak perlu melalui proses underwriting (penilaian) / medical checkup. Masalah dengan perlindungan takaful ini ialah dia melindungi selagi anda bekerja dengan syarikat itu dan selagi syarikat itu mahu membayar perlindungan itu. Risikonya datang apabila syarikat ambil keputusan mengurangkan perlindungan, membatalkan perlindungan atau memberhentikan kerja. Ini termasuklah jika anda berhenti sendiri. Sejurus selepas berpisahnya anda dengan syarikat, maka perlindungan pun akan mengucapkan selamat tinggal. Di sini anda umpama bayi yang tiada penjaga. Ter...

Medical Card Murah

Image
Soalan: "Boleh tak buatkan medical untuk anak saya.. Buat MINIMUM paling murah berapa ye bayaran sebulan ?? Tak nak lah mahal-mahal bukan nya nak guna pun.. Sebagai persediaan je .. Janji bila perlu boleh guna.. Ambil mahal-mahal macam nak sakit selalu pulak kan." Bila dah guna sekali tak henti-henti tanya agent: Kenapa medical kad anak saya kena bayar 10%??.. Kawan saya ambil untuk anak dia tak kena bayar 10% pun.. Kenapa tak de elaun hospital.. Anak kawan saya ada elaun RM200 sehari.. Kenapa kelayakan bilik RM200 je.. Anak kawan saya masuk bilik single.. VIP lagi.. Kenapa kenapa kenapa ???? Jawapan:  Hari tu saya dah beri 5 quotation. Dan dah explain setiap BENEFIT apa yang perlu.. Tapi pilihan puan waktu tu adalah nak yang PALING MURAH.. Jadi yang paling murah adalah benefit yang anak puan ambil sekarang. Saya rasa boleh katakan semua ejen insurans takaful alami perkara yang sama.. Bila nak sign up semua customer nak yang murah dan minimum coverage.. Tapi bila dah sekali g...

Claim MRTT RM600,000 Kena DECLINED!

Image
  Yang beli RUMAH sila baca !! Terima panggilan dari rakan sekerja bercerita tentang tuntutan MRTT atas permergian suami awal Jan 2020 hari tu. Dapat je call, terus dengar dia sedih, hari nie ambil cuti untuk uruskan appeal untuk MRTT sebab application yang dia buat Jan haritu DECLINED. Mana tak sedih, Dah la kehilangan suami tercinta secara tiba-tiba. Sakit on 30 Dec 2019, Masuk ICU 1 Jan 2020, Meninggal on 14 Jan 2020. Start hari tu, s emua uruskan semua hal anak dan tuntutan sendirian. Rumah bernilai RM1.2 Juta, bulanan dalam RM6,000 yang terpaksa ditanggung seorang diri selama 6 bulan ni.. Dengan harapan insurancs / Takaful rumah dapat dengan cepat supaya boleh rujuk dengan bank untuk pengurangan bayaran bulanan rumah.. Tiba-tiba.. 20 June 2020, Dapat surat dari bank.. “ MRTT decline due to undeclared existing illness ” Hakikatnya Suami meninggal sebab wabak penyakit influenza A, tapi arwah memang ada penyakit darah tinggi 8tahun sebelum tu.. Dan rumah mereka beli dalam 5 tahun...

4 Sebab Suami Perlu Ada Hibah Takaful.

Image
Ramai yang masih tertanya-tanya sebab mereka (terutama suami) perlu menyediakan sejumlah pampasan kematian atau hibah takaful pada hari ini? 1. Suami Sumber Utama Pendapatan Keluarga. Cukup ke simpanan yang ditinggalkan? Suami kena sedar bahawa beliau adalah penyumbang utama pendapatan keluarga. Pampasan daripada takaful ni gunanya untuk cover perbelanjaan isteri dan anak-anak perlukan. Ikut kiraan, kena sediakan 10 tahun jumlah gaji tahunan suami sebelum meninggal dunia. Katakan suami sediakan hibah takaful RM500,000. Suami tidak panjang umur, meninggal dunia. Selepas beberapa hari, syarikat takaful akan membayar pampasan sebanyak RM500,000. Tiada siapa boleh mencabar hak isteri tersebut. Jadi, isteri tidak perlu meminta-minta simpati daripada orang lain. Sebab suami dah buat persediaan awal dengan menyediakan hibah takaful semasa hayatnya. 2. Suami Paling Banyak Hutang. Kereta dan rumah biasanya hutang suami. Nanti kalau apa-apa berlaku pada suami, macam mana isteri nak bayar kesemua...

Pengalaman Ejen Begitu Berharga!

Image
Di sebalik REASON “YES” dan “NO” di dalam bidang TAKAFUL yang orang TAKTAHU! Bila sharing tentang pentingnya Protection atau plan perlindungan untuk masa hadapan yang semua belum tahu apa akan berlaku (walaupun sesaat di depan kita) Some say YES, some will say NO.. Some say NOW, some will say WAIT. Yang say YES, Alhamdulillah sampai sekarang masih setia dengan plan mereka kerana risau dengan benda yg PASTI akan berlaku. Dan yang say YES, lebih dari 20 org yang pernah menggunakan MEDIKAL KAD menanggung segala kos rawatan mereka tanpa mereka mengeluarkan SIMPANAN BERTAHUN mereka! Yang say NO, LEBIH dari 5 orang yang menghubungi ejen balik untuk apply dengan alasan 1- ANAK start demam2 non stop, risau so nak apply boleh pakai terus. 2- DOCTOR cakap ada minor ketumbuhan, tapi boleh tahan lagi, nak apply, cukup 4 bulan baru i nak guna card 3- Nak apply sekarang sebab tengok jiran accident, bil dekat RM75,000 bayar sendiri, mak berbolok bergadai tanah. 4- Lain-lain Masa kami bagi penerangan...